YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan emel Bahagian Khidmat Perunding, JANM bertarikh 5 Ogos 2024 adalah berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengemaskini Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2023 - Tatacara Pengurusan Bayaran bertarikh 2 Ogos 2024 selaras dengan surat edaran Kementerian Kewangan bertarikh 17 Julai 2024 berkaitan pindaan Arahan Perbendaharaan 2023. SPANM yang telah dikemas kini telah dimuat naik ke dalam Portal JANM (www.anm.gov.my) di bawah tab Pekeliling – Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) pada 5 Ogos 2024.
3. SPANM Bil.5 Tahun 2023 kemas kini 2 Ogos 2024 ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada Kementerian/Jabatan mengenai tatacara pengurusan bayaran Kerajaan Persekutuan selaras dengan pelaksanaan perakaunan akruan dan Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) bagi memastikan pengurusan bayaran Kerajaan Persekutuan diperakaunkan dengan tepat dan betul dalam tempoh masa yang ditetapkan.
4. Dikemukakan bersama ini SPANM Bil. 5 Tahun 2023 kemas kini 2 Ogos 2024 berserta dengan Ringkasan Pengemaskinian SPANM (Lampiran 1) untuk makluman dan tindakan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan selanjutnya jua.
SPANM BIL 5 TAHUN 2023 Tatacara Pengurusan Bayaran 02082024
LAMPIRAN 1 - ringkasan pindaan SPANM Bayaran 02082024
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah