Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Ruj. Kami : ANM.PHG.600-15/3/7 Jld.4 (16)
Tarikh : 14 Ogos 2024
 
Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan emel BPOPP, JANM bertarikh 6 Ogos 2024 serta surat rujukan MOF.600-31/1/3 JLD.6(8)(S) bertarikh 24 Julai 2024 adalah berkaitan.

2.     Dimaklumkan bahawa MOF telah melaksanakan penambahbaikan peraturan pada Perenggan 5.8 berkaitan Tambang Gantian dan Perenggan 6.1 berkaitan Elaun Makan dan Elaun Harian PP WP1.4 dan butiran pindaan penambahbaikan adalah seperti yang dinyatakan pada Perenggan 5 dan 6 surat MOF berkenaan.

3.     Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan surat MOF berkenaan untuk rujukan pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan selanjutnya dan mengamalkan prinsip perbelanjaan berhemah dalam pelaksanaan tugas rasmi selaras dengan PP PB3.1 - Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam yang berkuatkuasa.

SURAT MOF 24072024 - PENAMBAHBAIKAN PP WP1.4 TAMBANG GANTIAN & KEMUDAHAN MAKAN TIDAK HALAL DI LUAR NEGERI

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"

Saya yang menjalankan amanah,

(FREDRICK GUPONG ANAK TAWAN C.A. (M), ACMA, CGMA)
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang