Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Ruj. Kami: ANM.PHG.600-15/3/7 Jld.4 (25)
Tarikh : 09 September 2024
 
Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat BKP, JANM bertarikh 2 September 2024 serta surat Kementerian Kewangan rujukan MOF.BKSK(S)600-1/7/6 Jld.5 (12) bertarikh 12 Ogos 2024 adalah berkaitan.

2.      Dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan penggunaan Bon Ganti Rugi (Indemnity Bond)/Akuan Ganti Rugi dan Surat Akaun Sumpah/Borang Akuan AM80 sebagai dokumen sokongan bagi pembayaran kepada waris penjawat awam dan bukan penjawat awam bagi amaun pembayaran di bawah RM2,000. Perkara ini adalah bagi memudah cara proses tuntutan bayaran balik selaras dengan ketetapan Arahan Perbendaharaan (AP) 99 (g) iaitu Pembayaran Kepada Orang Yang Lain Daripada Yang Dinamakan Dalam Baucar.

3.      Sehubungan itu, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengemaskini Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2023 - Tatacara Pengurusan Bayaran pada 29 Ogos 2024 selaras dengan ketetapan tersebut. SPANM juga telah dimuat naik ke Portal JANM (www.anm.gov.my) di bawah tab Pekeliling - Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) pada 2 September 2024.

4.      Justeru, bersama-sama ini dikemukakan SPANM Bil.5 Tahun 2023 — Tatacara Pengurusan Bayaran kemas kini 29 Ogos 2024 SPANM Bil.5 Tahun 2023 — Tatacara Pengurusan Bayaran kemas kini 29 Ogos 2024 berserta dengan Ringkasan Pengemaskinian SPANM (Lampiran 1)Ringkasan Pengemaskinian SPANM (Lampiran 1) untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan selanjutnya jua.

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"

Saya yang menjalankan amanah,

(FREDRICK GUPONG ANAK TAWAN C.A. (M), ACMA, CGMA)
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang