Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld. 2 (64)
Tarikh : 18.09.2024

Dengan hormatnya Surat Edaran Pemanjangan Bayaran Insentif Penguat Kuasa kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/ Pegawai Kesihatan Persekitaran di Kementerian Kesihatan Malaysia daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia nombor rujukan JPA(S).800-7/2/110 Jld.2 (2) bertarikh 21 Ogos 2024 adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju meluluskan permohonan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung pemanjangan BIP kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran pada kadar RM200.00 sebulan dan tertakluk kepada kepatuhan syarat-syarat seperti perenggan 2 surat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

3. Kelulusan pemanjangan pembayaran elaun ini adalah berkuat kuasa mulai 1 September 2024.

4. Bersama-sama ini dilampirkan surat edaran dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk rujukan awal PTJ. PTJ hendaklah merujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia sekiranya terdapat garis panduan berasingan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian.

PERMOHONAN PEMANJANGAN BAYARAN INSENTIF PENGUAT KUASA (BIP) KEPADA PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN / PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sekian, terima kasih.

Unit Gaji
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang
18 September 2024