Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Ruj. Kami : ANM.PHG.600-15/3/7 Jld.4 (31)
Tarikh: 04 Oktober 2024

SEPERTI SENARAI EDARAN

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahawa berdasarkan semakan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Pahang mendapati PTJ YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan mempunyai penerimaan bekalan dan perkhidmatan (FRN/GRN) yang masih  belum selesai sehingga pembayaran kepada pembekal. Untuk makluman pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan, selaras dengan PK 5.1 Perolehan Menggunakan Sistem ePerolehan, Para 7.5 telah menetapkan bahawa:

               ''Agensi bertanggungjawab untuk memastikan pembekal melaksanakan perkara berikut:

                     7.5.1 Mengemukakan Pesanan Penghantaran selepas pesanan  dibuat mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh Agensi.

                     7.5.2 Mengemukakan Invois dengan kadar segera selepas penghantaran bekalan/perkhidmatan diterima dan disahkan."

3.     Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk memastikan invois diterima daripada pembekal dan memproses Arahan Pembayaran dengan segera bagi transaksi yang telah dibuat penerimaan bekalan dan perkhidmatan (FRN/GRN). Manakala bagi penerimaan bekalan dan perkhidmatan (FRN/GRN) yang tidak diperlukan, dokumen tersebut hendaklah dibatalkan. PTJ boleh menyemak senarai dokumen penerimaan bekalan dan perkhidmatan (FRN/GRN) yang masih belum lengkap di portal iGFMAS di bawah Modul Perolehan - Laporan - Laporan Tanggungan Belum Selesai Pesanan Kerajaan.

4.     Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan senarai penerimaan bekalan dan perkhidmatan (FRN/GRN) bagi tempoh sehingga 30 September 2024 yang masih belum disempurnakan pembayaran seperti di Lampiran A untuk TINDAKAN SEGERA pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan jua. PTJ terlibat juga dimohon untuk memberikan maklum balas berhubung status terkini di Lampiran A sebelum atau pada 11 Oktober 2024 (Jumaat) untuk dibincangkan perkara tersebut di peringkat Pengurusan JANM.

5.     Kerjasama dan pemantauan berterusan pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah diharapkan bagi memastikan pengurusan kewangan sentiasa cekap dan efisien. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi Unit Pengurusan Dana, JANM Negeri Pahang di talian 09-591 5037/5013/5036.

Lampiran A

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"

Saya yang menjalankan amanah,

 

(FREDRICK GUPONG ANAK TAWAN C.A. (M), ACMA, CGMA)
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang