YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat BKP, JANM rujukan JANM.600-20/2/3 (20) bertarikh 9 Oktober 2024 adalah berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengemaskini Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 4 Tahun 2024 -Tatacara Pengurusan Penetapan Kuasa Dan Tugas Pegawai Pengawal Kepada Pegawai Perakaunan Di Bawah Kawalannya (AP11) bertarikh 4 Oktober 2024 berdasarkan maklum balas yang diterima dalam sesi Train The Trainer (TTT) yang telah diadakan pada 9 hingga 11 September 2024. SPANM yang telah dikemas kini telah dimuat naik ke dalam Portal JANM (www.anm.gov.my) di bawah tab Pekeliling – Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM).
3. Justeru, bersama-sama ini dikemukakan SPANM Bil. 4 Tahun 2024 -Tatacara Pengurusan Penetapan Kuasa Dan Tugas Pegawai Pengawal Kepada Pegawai Perakaunan Di Bawah Kawalannya (AP11) kemas kini 4 Oktober 2024 berserta dengan Ringkasan Pengemaskinian SPANM (Lampiran 1) untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan selanjutnya jua.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,