Rujukan : ANM.PHG.600-15/2/85 JLD.3 (51)
Tarikh : 06 Disember 2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Y.Bhg Dato’/Tuan/Puan
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
2. Adalah dimaklumkan, bagi menyempurnakan proses Penutupan Akhir Tahun 2024, pembayaran bagi Bayaran Balik Hasil (BBH) dihentikan sementara bermula dari tarikh 4 Disember 2024 sehingga 1 Januari 2025.
3. Sehubungan dengan itu, permohonan BBH boleh dihantar ke jabatan ini mulai 2 Januari 2025. Mohon kerjasama semua PTJ agar mematuhi arahan ini supaya proses Penutupan Akaun Akhir Tahun dapat berjalan dengan lancar.
Sekian terima kasih.
UNIT AKAUN
JANM NEGERI PAHANG