YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan emel BPOPP/SPO (Emel)/2025 (29) bertarikh 17 Januari 2025 adalah berkaitan.
2. Berdasarkan kepada emel pihak Kementerian Kewangan (MOF) bertarikh 17 Januari 2025, mengambil kira tempoh penyaluran peruntukan pada setiap awal tahun, BPK MOF berpandangan bahawa suatu peraturan tanggungan peruntukan khusus bagi pelaksanaan pada awal tahun wajar diberi perhatian bagi situasi di mana perkhidmatan yang bermula sebelum penyaluran peruntukan dibuat.
3. Justeru, dimaklumkan bahawa pihak MOF tiada halangan bagi Pesanan / Pertanggungan Kontrak pada awal tahun dilakukan setelah peruntukan diterima pada bulan Januari. Penetapan peruntukan diterima sehingga bulan Januari sahaja mengambil kira pertanggungan dilakukan pada bulan semasa iaitu pada bulan Januari. MOF juga bersetuju kebenaran ini adalah rujukan secara berterusan untuk tahun seterusnya.
4. Sehubungan itu, PTJ hendaklah mengeluarkan Tanggungan Kontrak Kerajaan bagi bulan Januari selewat-lewatnya 31 Januari 2025 selepas peruntukan diterima. PTJ hendaklah mencatat nombor rujukan dan tarikh waran di perihal Tanggungan Kontrak Kerajaan tersebut.
5. Adalah diingatkan juga pelaksanaan peraturan ini terpakai bagi bulan Januari sahaja. Manakala bagi bulan Februari hingga Disember adalah tertakluk kepada peraturan semasa yang berkuat kuasa dan pertanggungan kontrak hendaklah dibuat selewat-lewatnya hari pertama bulan berkenaan.
Sekian, terima kasih.