YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa pihak Malaysia Airlines Berhad memohon agar pembayaran balik (refund) untuk semua tiket iGFMAS Warrant dilakukan secara Electronic Funds Transfer (EFT) berkuatkuasa 01 Januari 2025.
3. Pendekatan ini bagi membolehkan kedua-dua pihak memantau proses pembayaran balik dengan lebih cekap dan sistematik. Perkara ini juga bertujuan untuk mengelakkan isu-isu pembayaran secara Cek yang sedang dihadapi oleh pihak Malaysia Airlines Berhad dengan pihak bank pembayar.
4. Sehubungan itu, semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu menggunakan kaedah secara EFT sepenuhnya bagi pembayaran balik (refund) Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA). Pembayaran balik secara Cek adalah tidak dibenarkan.
5. PTJ juga perlu mendapatkan kelulusan Terimaan Secara EFT terlebih dahulu daripada pihak JANM Pahang sebelum menghantar permohonan refund kepada Malaysia Airlines Berhad.
Sekian, terima kasih.