Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld. 3 (14)
Tarikh : 06.03.2025
Dengan hormatnya dimaklumkan Penyata Pendapatan Tahunan (EC Form) bagi tahun 2024 telah dijana dan telah dimuatnaik ke Sistem ePenyata Gaji dan Laporan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
- Oleh itu tindakan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pusat Pembayar Gaji selaku majikan adalah dimohon untuk mengemukakan Borang E secara e- Filing kepada LHDNM bermula 1 Mac 2025 hingga 31 Mac 2025. Kegagalan PTJ (majikan) mengemukakan Borang E berkenaan boleh dikenakan tindakan penalti oleh LHDNM.
- Bersama-sama ini disertakan tiga (3) tindakan yang perlu dilakukan oleh PTJ semasa penghantaran Borang E dan Penerangan Berkenaan Penyata Pendapatan Tahunan (EC Form) dan sebagai rujukan dan tindakan selanjutnya.
- Sebarang pertanyaan melibatkan janaan Penyata Pendapatan Tahunan (EC Form) di Sistem iGFMAS sila berhubung dengan Unit Gaji JANM Pahang di talian 09- 591 5024 / 5025 / 5019 / 5005. Manakala untuk pertanyaan melibatkan Borang E serta kaedah e-Filing sila hubungi Pejabat LHDNM berdekatan.
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI
JANM PAHANG
06.03.2025