Semua Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ)
Di Bawah Seliaan JANM Pahang
YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
Adalah dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada surat Jabatan Akauntan Negara Malaysia rujukan JANM.600-20/2/5 JLD.3 (20) bertarikh 17 Mac 2025 mengenai perkara di atas.
- Dimaklumkan bahawa AirAsia Berhad memaklumkan terdapat ralat pada senarai harga Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) bertarikh 24 Januari 2025 dan telah mengemukakan harga tiket penerbangan WPUA yang terkini bagi penerbangan domestik dan antarabangsa. Ringkasan perubahan harga adalah seperti berikut:
PERIHAL |
PENERBANGAN DOMESTIK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) |
PENERBANGAN ANTARABANGSA |
HARGA TAMBANG WPUA AIR ASIA BERHAD |
Kemas kini harga tiket penerbangan bagi destinasi berikut: · Kuala Lumpur – Kota Kinabalu · Kuala Lumpur - Labuan · Kuala Lumpur - Sandakan · Kuala Lumpur - Tawau · Kota Kinabalu - Subang · Penang - Kota Kinabalu |
Kemas kini harga tiket penerbangan bagi destinasi berikut: · Sektor India/ Bangladesh/ Sri Lanka kecuali Dhaka · KLIA2 – Japan (J Fare) · KLIA2 – Delhi (J Fare) |
- Pelarasan harga baharu WPUA ini berkuat kuasa serta merta. Bersama ini disertakan senarai pelarasan harga WPUA AirAsia Berhad yang terkini untuk rujukan YBhg. Dato’ Datin/Tuan/Puan selanjutnya.
MEMO Pembetulan Harga WPUA 2025
Sekian, terima kasih
19 MAC 2025