Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ruj. Kami : ANM.PHG.600-9/1 JLD. 10 ( 01 )
Tarikh : 8hb April 2025

Ketua- Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

 

Dengan hormatnya saya menarik perhatian YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan mengenai perkara di atas dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 3 Tahun 2022 berkaitan Tatacara Perakaunan Aset Bukan Kewangan Kerajaan adalah berkaitan.

2. Dikemukakan pemakluman dan link disertakan Template Verifikasi Aset (TVA), Tatacara Penyelenggaraan Laporan Aset Bukan Kewangan yang terkini di pautan berikut; https://drive.google.com/drive/folders/13IHvwjbrBB2WR76oLf50OEAw_FaEOx4S?usp=sharing dan Lampiran A: Jadual Aktiviti Penyelenggaraan Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan Bagi Sukuan Pertama (1) Tahun 2024 untuk makluman dan perhatian YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan selanjutnya.

3. Mohon kerjasama dan tindakan Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk;
a) tidak mengubah format Laporan/Lampiran yang dihantar kepada Pejabat Perakaunan;
b) memastikan Laporan Baki Aset (LBA) disemak dengan terperinci dan verifikasi keberadaan aset dilaksanakan dengan tepat beserta dokumen sokongan lengkap;
c) semua tindakan pelarasan dan pembetulan yang dikenalpasti pada verifikasi tahun 2024 hendaklah diselesaikan dengan segera dan tidak berulang pada verifikasi sukuan pertama tahun 2025; dan
d) mematuhi tarikh yang telah ditetapkan seperti di Lampiran A. Laporan hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada Unit Pengurusan Aset melalui e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada hari Khamis, 24hb April 2025 TANPA GAGAL.

4. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pegawai di Unit Pengurusan Aset (UPA) JANM Pahang. Kerjasama dan tindakan pihak YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Muat Turun:

SURAT PEMAKLUMAN

TATACARA PENYELENGGARAAN LAPORAN PERAKAUNAN ASET BUKAN KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUANTATACARA PENYELENGGARAAN LAPORAN PERAKAUNAN ASET BUKAN KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

 

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Aset
JANM Pahang
10hb April 2025