Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld.3 (24)
Tarikh : 11.04.2025
Untuk makluman, semakan tambahan (second validation) pembayaran emolumen pegawai awam Persekutuan melalui Modul Human Capital Management (HCM) – Payroll mengikut bank telah pun selesai dilaksanakan sepenuhnya.
2. PTJ dimohon mengingatkan pegawai di jabatan untuk memastikan nombor akaun bank dan nombor Kad Pengenalan / nombor pasport bagi bukan warganegara di dalam sistem iGFMAS dan sistem bank adalah SAMA.
3. Selain itu, penggunaan akaun berikut adalah TIDAK DIBENARKAN bagi pembayaran emolumen:-
3.1 Akaun Bank Syarikat (Akaun Semasa);
3.2 Akaun Bersama (Joint Account);
3.3 Akaun Pelaburan (Investment Account);
3.4 Akaun Emas (Gold Account);
3.5 Akaun Bank Digital (Digital Account, contoh : eWallet, AEON Bank, Boost Bank dan lain-lain)
4. Turut disertakan adalah senarai bank pembayaran emolumen untuk makluman dan rujukan tuan/puan selanjutnya.
Muat Turun:
ULANG SIAR - BULETIN SECOND VALIDATION BANK PEMBAYARAN EMOLUMEN
Sekian, terima kasih.