Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

ANM.PHG.100-15/5/2 (09)

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di bawah seliaan JANM Pahang

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

2. Dimaklumkan BPTM telah membuat penambahbaikan program HCM Auto Lock iaitu semakan ID Pengguna iGFMAS yang telah dikemaskini oleh Unit Gaji Pusat Tanggungjawab dengan status berikut di HCM-Emolumen akan dikunci/dihapuskan secara automatik:

  • 32 - Cuti Tanpa Gaji
  • 34 - Keluar Sistem Sementara(Tahan Gaji)
  • 45 - Pindah(ke Agensi Kerajaan Lain)
  • 49 - Tamat Perkhidmatan

3.  Bagi ID dengan Status 32 dan 49 akan dihapuskan ID dan peranan secara automatik. Manakala bagi ID dengan status 45 jika tidak log masuk ke iGFMAS selepas 90 hari akan dihapuskan ID dan peranan automatik.

4. Bagi ID dengan status gaji 49 - Tamat Perkhidmatan kerana pertukaran Jabatan perlu menukarkan dan berhubung dengan Unit Gaji PTJ lama terlebih dahulu. Jika tidak, ID Pengguna dan peranan akan dihapuskan setiap minggu dan pengguna perlu memohon melalui J06 - Pengaktifan Semula ID.

5. Penambahbaikan Program baharu ini beserta notifikasi ke alamat e-mel Local Administrator Pejabat Perakaunan akan dijadualkan setiap minggu mulai 04 Mei 2025 (Ahad).

6.  Dimohon bantuan YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan, membuat hebahan kepada pengguna sistem iGFMAS Pejabat masing-masing. Sekiranya ada pertanyaan boleh hubungi Unit Teknikal, JANM Pahang.

Kerjasama dan perhatian perkara ini didahului ucapan terima kasih.

Tatacara Pertukaran Proses Jenis Tindakan T49 (Tamat Perkhidmatan) kepada T45 (Pindah ke Agensi K’jaan Lain))

Terima kasih

UNIT TEKNIKAL
SEKSYEN OPERASI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PAHANG
 
05 MEI 2025