ANM.PHG.100-15/5/2 (10)
Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
Di bawah seliaan JANM Pahang
YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
2. Dimaklumkan BPTM, JANM telah membuat penambahbaikan Program Housekeeping ID Pengguna Tidak Aktif. Ini berikutan setiap ID yang diwujudkan di iGFMAS mempunyai lesen yang dibayar oleh JANM.
3. Bagi memastikan hanya ID yang aktif dan mempunyai tugasan di iGFMAS sahaja dibenarkan. Oleh itu program ini akan dijadualkan semula setiap minggu iaitu pada hari Sabtu pukul 10 malam mulai 3 Mei 2025.
4. Program ini akan menghapuskan ID Pengguna serta peranan yang Tidak Aktif di setiap sistem, setiap tempoh 180 hari (6 bulan)
5. Bagi ID Pengguna yang baharu diwujudkan dan tiada log masuk ke system iGFMAS perlu diberi perhatian seperti berikut :
- Katalaluan Initial hendaklah ditukar kepada kata laluan lain dalam tempoh 7 hari sahaja.
- E-mel Peringatan pertama diberikan iaitu pada hari ke 60 dari tempoh ID wujudkan sekiranya pengguna tidak pernah log masuk sistem.
- Pada hari ke 90, sekiranya tiada log masuk ke sistem ID pengguna akan hapuskan secara automatik
6. Dimohon bantuan YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan, membuat hebahan kepada pengguna sistem iGFMAS Pejabat masing-masing. Sekiranya ada pertanyaan boleh hubungi Unit Teknikal, JANM Pahang.
Kerjasama dan perhatian perkara ini didahului ucapan terima kasih.
Terima kasih