Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Berdasarkan Belanjawan MADANI 2025 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat, bagi membantu meringankan tanggungan pembayar cukai individu selaras dengan aspirasi Ihsan di bawah nilai teras MADANI, berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2025 pelepasan cukai bagi individu kurang upaya telah disemak semula seperti berikut:
i. pelepasan cukai tambahan bagi pembayar cukai individu kurang upaya dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM7,000;
ii. pelepasan cukai tambahan bagi pembayar cukai individu yang mempunyai suami/isteri kurang upaya dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM6,000; dan
iii. pelepasan cukai tambahan bagi pembayar cukai individu yang mempunyai anak kurang upaya yang belum berkahwin dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000.
3. Oleh itu, selaras dengan kelulusan tersebut bersama-sama ini disertakan Lampiran A : Borang Mengemaskini Maklumat Peribadi Bagi Tujuan Pengiraan Potongan Cukai Bulanan (PCB) dikemaskini pada 13 Mac 2025. PTJ boleh mengambil tindakan berikut:-
a) PTJ meminta pegawai yang terlibat untuk mengemaskini maklumat PCB menggunakan Borang yang dilampirkan (Lampiran A).
b) Setelah Borang PCB diterima, PTJ boleh menggunakan Lampiran A (format microsoft excel) untuk semak silang jumlah tanggungan dan membuat pengemaskinian (jika perlu) melalui tcode PA30 di wagetype IT0198 – Schedular Tax Deduction di Sistem HCM.
4. Bersama-sama ini dilampirkan kompilasi Soalan Lazim berkenaan Borang PCB untuk rujukan PTJ. Sila berhubung dengan Unit Gaji JANM Pahang di talian 09-591 5024 / 5025 / 5019 / 5005.
Muat turun:
BULETIN PINDAAN LAMPIRAN A PCB
Borang_Kemaskini_Maklumat_Peribadi_PCB_kemaskini_Mac2025
Sekian, terima kasih.