Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld. 3 (41)
Tarikh : 24 Julai 2025
 

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2.       Berdasarkan SPANM Bil. 5 Tahun 2023 Tatacara Pengurusan Bayaran, Lampiran
B : Garis Panduan Tatacara Pengurusan Bayaran, Perenggan 9.1.3 Pembayaran
Tunggakan Emolumen Dan Tuntutan Yang Belum Diterima adalah dirujuk. 

3.       Sukacita kami menarik perhatian tuan/puan bagi Perenggan 9.1.3 para (3) dan para

(4) iaitu :-

           (3) Pegawai awam bertanggungjawab mengemas kini penamaan dan status
                   waris dari semasa ke semasa melalui HRMIS atau penamaan opsyen KWSP.
             (4) Bayaran hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan (yang mana
                     berkaitan) seperti berikut:
             (e) Pembuktian senarai waris seperti dalam Sistem HRMIS atau penamaan
                     KWSP (yang mana berkaitan);
 
4.      Oleh itu, tuan/puan adalah diminta untuk sentiasa memberi peringatan kepada semua
pegawai dan kakitangan di jabatan masing-masing untuk memastikan pengemaskinian
maklumat waris dibuat di Sistem HRMIS bagi memudahkan sebarang urusan pembayaran
tunggakan emolumen dan tuntutan yang belum diterima (jika ada) kepada waris yang berhak
kelak.
 
5.     Jika pembuktian waris di Sistem HRMIS tiada, PTJ bertanggungjawab perlu memohon
kelulusan kepada Kementerian Kewangan melalui Bahagian Akaun dan Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia Kementerian masing-masing.
 
6.    Bersama-sama ini disertakan petikan perenggan berkaitan SPANM Bil. 5 Tahun 2023
(kemaskini pada 29 Ogos 2024) untuk rujukan dan simpanan tuan/puan.
 

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI
JANM PAHANG
24 Julai 2025