PERJUMPAAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (ANM) BERSAMA PEGAWAI PERAKAUNAN DI BAWAH LANTIKAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) YANG BERKHIDMAT DI PTJ NEGERI PAHANG BAGI TAHUN 2025
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Dimaklumkan bahawa satu Perjumpaan Akauntan Negara Malaysia bersama Pegawai Perakaunan di Bawah Lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berkhidmat di PTJ Negeri Pahang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 21 Ogos 2025 (Khamis)
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Tempat : Dewan Auditorium
Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Pahang
Jln Teluk Sisek,
Kuantan, Pahang
Tentatif : Seperti diLampiran A
3. Sehubungan dengan itu, dipohon pegawai yang terlibat di bawah lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) untuk membuat pengesahan kehadiran dengan kadar segera sebelum atau selewat-lewatnya pada 14 Ogos 2025 (Khamis) seperti di pautan berikut:
4. Sebarang pertanyaan berkaitan perjumpaan ini, Tuan/ Puan boleh hubungi Unit Pengurusan Prestasi (UPP) di talian 09-5915041 / 5087/ 5006 / 5010.
5. Kerjasama dan perhatian Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN PRESTASI
JANM NEGERI PAHANG
11 OGOS 2025