Ketua- Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang
YBhg Dato'/Datin/Tuan/Puan,
LAPORAN PERAKAUNAN ASET BUKAN KEWANGAN SEPERTI PADA 30 SEPTEMBER 2025 BAGI SUKUAN KETIGA (3) TAHUN 2025
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Selaras Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 3 Tahun 2022, Lampiran B3 Perenggan 3.3, Pusat Tanggungjawab (PTJ) bertanggungjawab melaporkan Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan kepada JANM Negeri secara sukuan.
3. Sehubungan itu, kerjasama dan tindakan Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk:
- tidak mengubah format Laporan/Lampiran yang dihantar kepada Pejabat Perakaunan;
- memastikan Laporan Baki Aset (LBA) disemak dengan terperinci dan verifikasi keberadaan aset dilaksanakan dengan tepat beserta dokumen sokongan pembuktian pemilikan aset yang lengkap;
- semua tindakan pelarasan dan pembetulan yang dikenal pasti pada verifikasi sukuan kedua tahun 2025 hendaklah diselesaikan dengan segera dan tidak berulang pada verifikasi sukuan ketiga tahun 2025;
- mematuhi tarikh yang telah ditetapkan seperti di Lampiran A. Laporan hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada Unit Pengurusan Aset melalui e-mel:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada hari Khamis, 29 Oktober 2025 TANPA GAGAL.
4. Bersama-sama ini disertakan Lampiran A iaitu Jadual Aktiviti Penyelenggaraan Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan Bagi Sukuan Ketiga (3) Tahun 2025, Template Verifikasi Aset (TVA) dan Tatacara Penyelenggaraan Laporan Aset Bukan Kewangan yang terkini di pautan atau mengimbas Kod Respons Pantas (QR) berikut :-
5. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pegawai di Unit Pengurusan Aset (UPA) JANM Pahang seperti berikut:
Bil. | Nama | No. Tel/ Samb. | Emel |
1 | Sofiana binti Osman | 09-5915 055/155 | |
2 | Wan Filzah binti Wan Omar | 09-5915 054/154 | |
3 | Anita Khairani binti Mohd Tajudin | 09-5915 067/167 | |
4 | Nor Azizah binti Muhamed | 09-5915 059/159 | |
5 | Suriani binti Wahat | 09-5915 069/169 | |
6 | Zaman bin Ramli | 09-5915 064/164 | |
7 | Noor Nadirah binti Ab Azizsah | 09-5915 068/168 | |
8 | Nor Rosila binti Rosli | 09-5915 065/165 | |
9 | Nor Azliza binti Nor Rawi | 09-5915 070/170 | |
10 | Faaiza Nor binti Abdul Rafar | 09-5915 060/160 |
Muat Turun:
SURAT PEMAKLUMAN PENGHANTARAN LAPORAN SUKUAN 3
JADUAL AKTIVITI PENYELENGGARAAN LAPORAN ASET BUKAN KEWANGAN SUKUAN KETIGA (3) TAHUN 2025
Sekian terima kasih.“MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”"Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan" UNIT PENGURUSAN ASETJANM NEGERI PAHANG