Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Rujukan       : ANM.PHG.500.5/1/5 JLD. 4 (28)
Tarikh          : 2 Oktober 2025


Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI SESI LATIHAN PENGGUNA iPAYMENT TAHUN 2025

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.     Selaras dengan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan proses peluasan iPayment, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Pahang berbesar hati menjemput 3 orang wakil daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terlibat untuk mengikuti Sesi Latihan Pengguna iPayment Tahun 2025 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 4-6 November 2025
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kuantan, Pahang

3.      Sehubungan itu, bagi memastikan sesi latihan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan, kerjasama tuan/puan adalah dimohon untuk memberi perhatian beberapa perkara seperti berikut:

a) Mengisi pencalonan maklumat 3 peserta dari PTJ Tuan/Puan di Google Form melalui pautan berikut:

https://docs.google.com/spreadsheets/d/17gaoQMNGc5RByfhgBxRGLCg3rrRqkXRJNEa11OV4ZgI/edit?usp=sharing

b) Peserta yang dicalonkan hendaklah membuat permohonan kursus melalui pautan berikut:

https://espl.ipn.gov.my/IPNWeb/page/kursusInfo.asp?schID=15106&yearID=108&programID=100&month=11&filter=S

c) Membawa komputer riba pada hari kursus;d) Membawa extension plug bagi setiap PTJ;

e) Mengisi borang capaian akses dan dihantar ke Bahagian Akaun masing-masing (akan dimaklumkan kemudian);

f) Memastikan bahan latihan dapat diakses sebelum sesi bermula (akan dimaklumkan kemudian)

 

4.     Untuk makluman, sesi hands-on akan dilaksanakan di mana PTJ akan melaksanakan proses pendaftaran pelanggan, pelantikan penjawat awam serta pendaftaran perkhidmatan dalam production server. Oleh itu, kerjasama tuan/puan adalah dimohon untuk memastikan ketersediaan pentadbir agensi, maklumat perkhidmatan serta perkara-perkara berkaitan lain bagi menjayakan sesi tersebut.

5.     Sajian makanan dan minuman disediakan oleh pihak penganjur sepanjang sesi latihan berlangsung. Walau bagaimanapun, penginapan dan tuntutan perjalanan adalah di bawah tanggungan Jabatan masing-masing. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila hubungi:

• Hazliza binti Mahamad di talian 09-5915087
• Nur Adni binti Shafii di talian 09-5915006
• Norsuhaida binti Md. Daud di talian 09-5915017
• Norul Huda binti Mohammad di talian 09-5915010

Mohon pihak tuan/puan melengkapkan link pengesahan kehadiran sebelum atau pada 10 Oktober 2025 (Jumaat).

Perhatian dan kerjasama pihak Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan"
 
 
PENGARAH
JANM NEGERI PAHANG