PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENYATA GAJI DAN LAPORAN (ePAYSLIP) JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM)
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengambil inisiatif untuk menaiktaraf Sistem ePayslip Web dan Aplikasi Mobile ePayslip. Penaiktarafan sistem ini adalah bertujuan bagi menambahbaik sistem sedia ada kepada sistem yang lebih mudah, mesra pengguna di samping meningkatkan ciri-ciri keselamatan sistem.
3. Di antara ciri-ciri utama penambahbaikan baharu yang dibuat adalah dengan memperkenalkan kod QR di penyata gaji bulanan bagi mempertingkatkan aspek integriti, keselamatan serta perlindungan data gaji pengguna. Kod QR sebelum ini hanya ada di sub menu Penyata Untuk Pinjaman di mana ianya telah dikeluarkan dengan pelaksanaan penambahbaikan terkini yang telah dibuat.
4. Pihak institusi kewangan dan mana-mana pihak lain yang berkaitan boleh membuat pengesahan kesahihan maklumat gaji kakitangan menggunakan kod QR berkenaan yang akan dilaksanakan mulai dari tarikh gaji bulan Oktober 2025 iaitu pada 16 Oktober 2025.
5. Bersama-sama ini dilampirkan panduan berikut untuk rujukan pihak Tuan/Puan selanjutnya:
Sekian, terima kasih.
Unit GajiJANM Pahang14.10.2025