Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Ruj. Kami :  ANM.PHG.600-1/4/4Jld.3(40)
Tarikh       :  15 Oktober 2025
 
Semua Ketua Pejabat Pemungut
Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang

YBhg.  Dato'/Datin/Tuan/Puan,

GARIS PANDUAN PENGURUSAN TERIMAAN SECARA ELECTRONIC FUND TRANSFER (EFT) KE AKAUN TERIMAAN UTAMA JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) NEGERI PAHANG

Dengan segala  hormatnya  saya  menarik perhatian  YBhg   Dato'/Datin/tuan/puan kepada perkara di alas.

2.       Adalah dimaklumkan bahawa selaras Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 3 Tahun 2025, Lampiran B perenggan  13.7 "Kaedah pindahan terus ke dalam Akaun Terimaan Utama Pejabat Perakaunan adalah selaras dengan Garis Panduan Pengurusan Terimaan Secara ElectroniFund Transfer (EFT) Ke Akaun Terimaan Pejabat Perakaunan yang berkuat kuasa".

3.       Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan dokumen berikut untuk rujukan Pejabat Pemungut:

  1. Lampiran 1  -- Garis Panduan Pengurusan Terimaan Secara Electronic Fund  Transfer (EFT) ke Akaun Terimaan Utama JANM Negeri Pahang; dan
  2. Lampiran 2 - Borang Permohonan Kelulusan Terimaan Secara  EFT Melalui Akaun Terimaan Utama Pejabat Perakaunan.

4.        Kerjasama Pejabat Pemungut mematuhi garis panduan ini bagi memastikan semua transaksi  terimaan dapat diperakaunkan dengan sewajarnya amatlah dihargai.

LAMPIRAN SURAT

Sekian, terima kasih.

JANM PAHANG
15 OKTOBER 2025