Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld. 3 ( 56 )
Tarikh    : 24.10.2025
 

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat edaran BKP, JANM rujukan JANM.600-20/2/3 Jld.2(6) bertarikh 22 Oktober 2025 adalah berkaitan.

2.         Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2025 - Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2026. Penetapan tarikh pembayaran emolumen bagi tahun 2026 adalah berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa. SPANM Bil. 5 Tahun 2025 ini berkuat kuasa mulai 21 Oktober 2025 dan boleh diakses serta dimuat turun melalui Portal JANM (www.anm.gov.my) di bawah tab Pekeliling - Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM). Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang berkuat kuasa.

3.         SPANM Bil. 5 Tahun 2025 ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada Kementerian/Jabatan berkaitan tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2026 dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan tatacara pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

4.         Bersama-sama ini dikemukakan SPANM Bil. 5 Tahun 2025 - Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2026 untuk rujukan dan tindakan Tuan/Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Unit Gaji
JANM Pahang
24 Oktober 2025