Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan emel pihak BPTM, JANM serta Taklimat Arahan Operasi Aktiviti Pelarasan Gaji Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 pada 24 Oktober 2025 adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan bahawa selaras dengan pelaksanaan pembayaran pelarasan gaji SSPA Fasa 2 melalui sistem iGFMAS Modul HCM, JANM akan melaksanakan penarikan akses kod transaksi di peringkat Pejabat Perakaunan (AO) dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) seperti berikut :

3. Sehubungan itu, semua pengguna sistem iGFMAS Modul HCM (SAPGUI) di AO dan PTJ tidak akan dapat mengakses kod transaksi tersebut sepanjang tempoh di atas. Ini bagi memastikan proses pelarasan gaji SSPA Fasa 2 yang akan dibayar pada bulan Januari 2026 berjalan lancar dan tiada pertindihan pengemaskinian maklumat melalui kaedah biasa dan hanya dibenarkan melalui templat SSPA Fasa 2.
Sekian, terima kasih.



