ARAHAN PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN NOVEMBER 2025
▶️ 2.1 ARAHAN PEMBAYARAN
(i) Sila pastikan dokumen Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga PERAKUAN 2 selewat-lewatnya jam 12.00 TENGAH HARI pada 28 NOVEMBER 2025 (JUMAAT). Tindakan peraku 2 hanya boleh diteruskan bermula 1 DISEMBER 2025 (ISNIN).
▶️ 2.2 TERIMAAN
(i) Sila pastikan semua kutipan sebelum atau pada 28 NOVEMBER 2025 (JUMAAT) telah dibankkan selewat-lewatnya jam 3.00 petang seperti ketetapan AP78;
(ii) Manakala bagi kutipan lewat pada 28 NOVEMBER 2025 yang tidak sempat dibankkan dan kutipan pada 29 hingga 30 November 2025, WAJIB disediakan RESIT dan dibuat SERAHAN WANG selewatnya 30 NOVEMBER 2025 (AHAD) sebelum jam 11.59 MALAM.
🔶 Mohon panjangkan info ini kepada pegawai kewangan/pegawai peraku di Jabatan tuan/puan.
🔶 Tertakluk kepada Arahan Penutupan Tahun 2025.
SURAT ARAHAN PENUTUPAN AKAUN BULANAN
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
SEKSYEN OPERASI
JANM PAHANG
14 NOVEMBER 2025



