Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg. Dato’/ Tuan/ Puan,

TAKLIMAT PENUTUPAN AKHIR TAHUN (PAT) KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN 2025 KEPADA SEMUA PTJ DI BAWAH SELIAAN JANM NEGERI PAHANG

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan, sebagai persediaan dan kelancaran Penutupan Akhir Tahun Akaun Kerajaan Persekutuan 2025, semua PTJ adalah dijemput untuk menghadiri sesi taklimat seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 25 November 2025 ( Selasa )
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Auditorium RTM Pahang Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah Kemunting, Kuantan, Pahang

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Y.Bhg. Dato’/ Tuan/ Puan untuk *mencalonkan dua (2) orang wakil yang terlibat secara langsung di dalam proses Penutupan Akaun Tahun Kewangan 2025 untuk menghadiri taklimat ini. Pencalonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan google sheet seperti di pautan https://docs.google.com/spreadsheets/d/1fF_uR7iL2-FaUR-fp2k5MIG-QgbSTQDT/edit?usp=sharing&ouid=108992368751861549804&rtpof=true&sd=true selewat-lewatnya pada 20 November 2025 sebelum jam 11 pagi.

4. Bersama-sama ini juga dikemukakan Senarai PTJ (Lampiran A) dan Tentatif program (Lampiran B ) untuk rujukan Y.Bhg.Dato’/ Tuan/ Puan. Sebarang pertanyaan berkenaan taklimat ini, Y.Bhg. Dato’/ Tuan/ Puan boleh menghubungi urusetia Taklimat seperti berikut:-

  • Hazliza binti Mahamad di talian 09-5915087 / 017-9718851
  • Nur Adni binti Shafii di talian 09-5915006 / 019-9877933
  • Norul Huda binti Mohammad di talian 09-5915010 / 012-6206160

5. Kerjasama dan perhatian YBhg.Dato’/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai.

Surat Jemputan

Sekian, terima kasih.

JANM NEGERI PAHANG
18 NOV 2025