Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang
YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
PINDAAN ARAHAN PENUTUPAN AKAUN BULAN NOVEMBER 2025
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat Jabatan ini rujukan ANM.PHG.600-15/3/7JLD.5(92) bertarikh 13 November 2025 adalah berkaitan.
2. Sepertimana sedia maklum, tarikh akhir Arahan Pembayaran (Peraku 2) bagi Penutupan Akaun Tahun Kewangan 2025 adalah pada 15 Disember 2025. Sehubungan itu, bagi melancarkan urusan penutupan tersebut Jabatan ini bersetuju untuk meminda tarikh penutupan akaun bulan November 2025 dari 28 November 2025 (Jumaat) ke 30 November 2025 (Ahad). Namun, waktu penutupan dikekalkan pada jam 12.00 tengah hari.
3. Arahan ini hanya terpakai untuk Arahan Pembayaran sahaja, tiada pindaan bagi terimaan. Pusat Tanggungjawab boleh meneruskan tindakan Peraku 2 bermula 1 Disember 2025 iaitu pada hari Isnin.
4. Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di perenggan 2, sila kemukakan surat penjelasan ketidakpatuhan sebelum atau pada 5 Disember 2025 dan salinan diemelkan ke
5. Perhatian dan komitmen pihak YBhg. Dato'/Datin/tuan/puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar.
SURAT PINDAAN ARAHAN PENUTUPAN BULAN NOVEMBER 2025
Sekian, terima kasih “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”"Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan"
Unit Dana
JANM PAHANG
28 NOV 2025



