TATACARA PENYEDIAAN ARAHAN PEMBAYARAN EMOLUMEN DI SISTEM iGFMAS
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan penyeragaman penggunaan Kod Akaun (Carta Akaun Akruan-CAA) perihal dan modul bayaran di MyCODE adalah berkaitan.
2. Untuk makluman, sebarang pembayaran emolumen secara baucar berasingan adalah menggunakan Modul Pendapatan Bercukai (Jenis Dokumen K6) dan perlu mendapat kelulusan Unit Gaji, JANM Pahang terlebih dahulu. Sehubungan itu, bagi penyediaan Arahan Pembayaran Emolumen di Sistem iGFMAS hendaklah mematuhi perkara berikut;
2.1 Menggunakan kod pembekal EMP (Penjawat Awam - 5XXXXXXXXX) atau PANS (Penerima Bayaran Bukan Pembekal – 14XXXXXXXX) bagi pegawai lantikan baharu yang belum mempunyai nombor gaji;2.2 Caruman Majikan dan Pekerja bagi caruman KWSP dan PERKESO hendaklah dikreditkan ke kod akaun L1311903;2.3 Mencatatkan perihal wajib selaras MyCODE dan nombor rujukan kelulusan; dan2.4 Memastikan dokumen pembayaran adalah lengkap.
3. Selain itu, adalah diingatkan bahawa pembayaran kepada KWSP dan PERKESO (jika berkaitan) hendaklah dibuat dengan mematuhi perkara berikut;
3.1 Pembayaran dicaj ke kod akaun L1311903 (Sumbangan Badan Berkanun) 3.2 Kod pembekal seperti berikut: i. Caruman KWSP : 2400000260 ii. Caruman PERKESO : 2400000361 3.3 Melengkapkan Borang A di portal KWSP dan Borang 8A di portal PERKESO.4. Justeru, bersama-sama ini disertakan Tatacara Penyediaan Arahan Pembayaran Emolumen di Sistem iGFMAS seperti di Lampiran A untuk rujukan dan tindakan PTJ selanjutnya jua. Perhatian dan kerjasama PTJ adalah dimohon untuk mematuhi ketetapan ini bagi mengelakkan Arahan Pembayaran dikuiri di peringkat Pejabat Perakaunan.
MUAT TURUN TATACARA PENUH: TATACARA PENYEDIAAN ARAHAN PEMBAYARAN EMOLUMEN DI SISTEM iGFMAS
Sekian, terima kasih.
Unit GajiJabatan Akauntan Negara MalaysiaNegeri Pahang



