Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld. 3 ( 68 )

Tarikh    : 29.12.2025

  Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan emel pihak BPTM, JANM bertarikh 17 Disember 2025 adalah berkaitan.

2.     Dimaklumkan bahawa selaras dengan pelaksanaan pembayaran pelarasan gaji SSPA Fasa 2 melalui sistem iGFMAS Modul HCM, terdapat pindaan tarikh bagi JANM melaksanakan penarikan akses kod transaksi di peringkat Pejabat Perakaunan (AO) dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi memberi laluan kepada proses gaji bulan Februari 2026 seperti berikut :

Screenshot 2025 12 29 145548

 

3.      Sehubungan itu, semua pengguna sistem iGFMAS Modul HCM (SAPGUI) di AO dan PTJ tidak akan dapat mengakses kod transaksi tersebut sepanjang tempoh di atas. Ini bagi memastikan proses pelarasan gaji SSPA Fasa 2 yang akan dibayar pada bulan Januari 2026 berjalan lancar dan tiada pertindihan pengemaskinian maklumat melalui kaedah biasa dan hanya dibenarkan melalui templat SSPA Fasa 2.

Sekian, terima kasih.

Unit Gaji

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Negeri Pahang

29 Disember 2025