Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld. 3 ( 69 )
Tarikh : 29.12.2025
Tuan/ puan,
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dengan nombor rujukan JPA.(S).600-3/3/2 Jld. 2 (43) bertarikh 24 Disember 2025 adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa satu surat edaran perolehan perkhidmatan Personel MySTEP telah dikeluarkan dan hendaklah dibaca bersama Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2026.
3. Surat dan garis panduan berkenaan boleh juga dimuat turun daripada laman web JPA melalui pautan berikut : https://www.jpa.gov.my/perkhidmatan/surat- edaran/surat-edaran-dan-garis-panduan-perolehan-perkhidmatan-personel- mystep-di-bawah-inisiatif-malaysia-short-term-employment-programme-tahun- 2026
Sekian, terima kasih.



