Semua Ketua Pusat Tanggungjawab Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang
YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan,
PEMBERITAHUAN PELARASAN HARGA TIKET PENERBANGAN WARAN PERJALANAN UDARA AWAM (WPUA) BATIK AIR TAHUN 2026
Adalah dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada surat Jabatan Akauntan Negara Malaysia JANM.600-20/2/5 JLD 5 (11) bertarikh 12 Januari 2026 mengenai perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Batik Air telah mengemukakan senarai harga tiket penerbangan Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) bagi penerbangan domestik dan antarabangsa tahun 2026. Harga ini, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 sehingga 31 Disember 2026 sepertimana merujuk kepada memo Batik Air bertarikh 07 Januari 2026.
3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan senarai harga WPUA Batik Air bagi tahun 2026 yang terkini untuk rujukan YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan selanjutnya.
MUAT TURUN LAMPIRAN:
Sekian, terima kasih
UNIT PENGURUSAN DANASEKSYEN OPERASIJABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG 14 Januari 2026



