Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Ruj Kami: ANM.PHG.600 15/3/26 (08)                                                              
Tarikh     : 14 Januari 2026                                                                                                              

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang

YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan,

PEMBERITAHUAN HARGA TIKET PENERBANGAN WARAN PERJALANAN UDARA AWAM (WPUA) AIRASIA BERHAD TAHUN 2026

       Adalah dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada surat Jabatan Akauntan Negara Malaysia JANM.600-20/2/5 JLD 5 (11) bertarikh 12 Januari 2026 mengenai perkara di atas.

2.    Dimaklumkan bahawa harga tiket penerbangan Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) baharu bagi penerbangan domestik dan antarabangsa tahun 2026, adalah masih mengekalkan harga WPUA 2025 sebagaimana surat rujukan ANM.PHG.600 15/3/26 (06) bertarikh 19 Mac 2025 serta memo AirAsia Berhad bertarikh 14 Mac 2025. Harga WPUA ini kekal berkuat kuasa sehingga harga baharu WPUA 2026 dikeluarkan. .

3.   Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Memo pemakluman lanjutan harga WPUA AirAsia tahun 2026 untuk rujukan YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan selanjutnya.

Muat Turun Lampiran :

Memo Lanjutan Harga WPUA AirAsia 2026

 Sekian, terima kasih

UNIT PENGURUSAN DANA
SEKSYEN OPERASI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG
 
14 Januari 2026