Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld.4 ( 05 )
Tarikh    : 16.01.2026
 

TINDAKAN PTJ UNTUK PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PENDAPATAN BERCUKAI/ TIDAK BERCUKAI (IT0547-BIK TAX) SEBAGAI PERSEDIAAN

AWAL PENYEDIAAN PENYATA PENDAPATAN TAHUNAN (EC FORM) 2025

Dengan hormatnya emel BPTM, JANM bertarikh 13 Januari 2026 bagi pengemaskinian maklumat pendapatan bercukai/tidak bercukai bagi tujuan Penjanaan EC Form dan penghantaran data CP8D ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah dirujuk.

2.       Dimaklumkan  bahawa  JANM  Negeri  Pahang  akan  melaksanakan  larian ZRPY024 Penyata Pendapatan Tahunan (EC Form) bagi tahun 2025. Penerangan ringkas berkenaan EC Form adalah seperti berikut:-

  1. EC Form bagi setiap pegawai akan dijana oleh Pejabat Perakaunan (AO) yang aktif membayar gaji pegawai tersebut pada bulan semasa EC Form atau AO terakhir pegawai dibayar gaji.
  2. Satu (1) EC Form akan dijana bagi setiap nombor gaji pegawai bagi tempoh setahun pendapatan jika mula bertugas dari bulan Januari 2025 hingga Disember 2025. Sekiranya pegawai mempunyai dua (2) nombor gaji, pegawai berkenaan akan mempunyai dua (2) EC Form yang berlainan.
  3. Bagi  pendapatan  bercukai  yang  dibayar  melalui  baucar  bayaran  jenis K6 - Pendapatan Bercukai di Portal iGFMAS,  maklumat berkenaan telah dikemaskini secara automatik ke Sistem HCM. PTJ boleh membuat semakan melalui PA20 bagi infotype  IT0547  (BIK(TAX)  Infotype  for Malaysia) dan IT9001 (Payment Voucher Details).
  4. Tindakan kunci masuk di IT0547 – BIK TAX (Infotype for Malaysia) perlu dilakukan oleh PTJ yang terkini (gaji masih aktif dibayar) jika transaksi tersebut tidak dikemaskini secara auto di Sistem HCM.
  5. Sekiranya pegawai berstatus ’TIDAK AKTIF’ di Sistem HCM (tamat perkhidmatan / keluar payroll sementara / cuti tanpa gaji), pegawai berkenaan bertanggungjawab untuk isytihar (declare) sendiri kepada LHDNM semasa membuat pengisian dan penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan melalui Aplikasi MyTax LHDN.  PTJ TIDAK PERLU membuat pengemaskinian maklumat di Sistem HCM bagi pegawai yang berstatus tidak aktif.

3.       Oleh itu, semua PTJ adalah dimohon untuk menyemak dan mengunci masuk maklumat pendapatan bercukai dan tidak bercukai pegawai yang tidak dikemaskini secara auto di Sistem HCM selewatnya-lewatnya pada 26 Januari 2026 (Isnin). Untuk makluman, sistem HCM akan ditutup pada 22 hingga 23 Januari 2026 bagi memberi laluan kepada Proses Arahan Potongan Gaji (APG) oleh Ibu Pejabat JANM.

4.     Bersama-sama  ini disertakan  Panduan  Mengemaskini  Maklumat Pendapatan Bercukai atau Tidak Bercukai di IT0547 bagi Tujuan Pelarasan di EC Form bagi pengemaskinian yang perlu dibuat secara manual  oleh PTJ sebagai rujukan dan tindakan selanjutnya.

MUAT TURUN :
PANDUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PENDAPATAN BERCUKAI/ TIDAK BERCUKAI DI INFOTYPE 0547 – BIK (TAX) (INFOTYPE FOR MALAYSIA) BAGI TUJUAN PELARASAN AMAUN BERCUKAI/ TIDAK BERCUKAI DI PENYATA PENDAPATAN TAHUNAN
 
BULETIN DAN PANDUAN BIK TAX 2025 003
BULETIN DAN PANDUAN BIK TAX 2025 004BULETIN DAN PANDUAN BIK TAX 2025 005
BULETIN DAN PANDUAN BIK TAX 2025 006
BULETIN DAN PANDUAN BIK TAX 2025 007
BULETIN DAN PANDUAN BIK TAX 2025 008
BULETIN DAN PANDUAN BIK TAX 2025 009
BULETIN DAN PANDUAN BIK TAX 2025 010
 
 
 

Sekian, terima kasih.

Unit Gaji
JANM Pahang
16 Januari 2026