Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Ruj. Tuan: ANM.PHG.600-15/3/10 Jld 18(19)
Tarikh: 16 Januari 2026

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

KELULUSAN KHAS MEMBENARKAN BAYARAN AP58(a) BAGI PERBELANJAAN MENGURUS TAHUN 2025

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat Kementerian Kewangan rujukan MOF.NBO(S)600-9/15/19 JLD.2(19) bertarikh 09 Januari 2026 adalah berkaitan.

2.      Sebagaimana surat daripada Kementerian Kewangan penetapan tarikh akhir bayaran Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun 2025 pada 15 Disember 2025 rujukan MOF.NBO(R)600-8/2/35 JLD.2(71) bertarikh 25 November 2025, adalah dimaklumkan bahawa semua pembayaran yang tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut akan dibayar di bawah kelulusan AP58(a).

3.      Berdasarkan peraturan kewangan semasa, Kementerian/Jabatan/Agensi hanya dibenarkan memproses bayaran AP58(a) selepas Akaun Kerajaan Persekutuan tahun berkenaan dimuktamadkan. Sehubungan dengan ini, bagi memudahcara proses bayaran AP58(a) Tahun 2025, Kementerian Kewangan bersetuju:

  1. Membenarkan Kementerian membuat bayaran bagi bayaran gaji MyStep, elaun lebih masa, dan tuntutan perjalanan bulan Disember 2025 menggunakan kelulusan di bawah AP58(a) tanpa perlu menunggu akaun awam tahun 2025 dimuktamadkan;
  2. Semua pembayaran AP58(a) selain daripada item perbelanjaan di bawah perenggan 3 (i), Kementerian boleh menggunakan maklumat baki akhir dalam vot seliaan masing-masing untuk mendapatkan kelulusan AP58(a) tertakluk kepada tatacara kewangan semasa dan hendaklah diselesaikan sebelum atau pada 30 April 2026.

4.     Justeru, dengan kelulusan khas ini Pusat Tanggungjawab (PTJ) dapat menyelesaikan pembayaran dengan kadar segera dan memastikan pembayaran yang dibuat teratur dan mematuhi tatacara kewangan semasa yang berkuatkuasa.

5.      Kerjasama pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk mengemukakan permohonan pembayaran AP58(a) PTJ masing-masing dengan kadar segera selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2026. Dipohon juga untuk memastikan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil.5/2023 (Lampiran C) telah dipatuhi sebelum mengemukakan permohonan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Pahang bagi mengelakkan baucar arahan pembayaran dikuir

6.     Perhatian dan komitmen pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah diharapkan agar proses pembayaran AP58(a) dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

MUAT TURUN : SURAT KELULUSAN KHAS MEMBENARKAN BAYARAN AP58(a) BAGI PERBELANJAAN MENGURUS TAHUN 2025

    Sekian, terima kasih.

    "MALAYSIA MADANI"
    "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
    "Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"

    Saya yang menjalankan amanah,

    (FREDRICK GUPONG ANAK TAWAN C.A.(M), ACMA, CGMA)
    Pengarah Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang