Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Ruj Kami: ANM.PHG.600 15/3/26 (10)                                                              
Tarikh     : 27 Januari 2026                                                                                          

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ)

Di Bawah Seliaan JANM Pahang

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Adalah dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada surat Jabatan Akauntan Negara Malaysia rujukan JANM.600-20/2/5 JLD.5 (12) bertarikh 22 Januari 2026 mengenai perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahawa AirAsia Berhad mengemukakan senarai harga Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) tahun 2026 bagi penerbangan domestik dan antarabangsa berkuat kuasa mulai 16 Februari 2026. Penyelarasan harga WPUA tersebut melibatkan penyelarasan tahunan bagi mengimbangi kos-kos berkaitan harga tiket penerbangan termasuk penyerapan cukai. Ringkasan penyelarasan adalah seperti berikut:

PERIHAL

PENERBANGAN DOMESTIK DAN ANTARABANGSA

HARGA TAMBANG WPUA AIR ASIA BERHAD

  • Kemas kini harga tiket penerbangan bagi kelas dan destinasi yang berkaitan;
  • Penyerapan cukai untuk semua penerbangan ke dalam Airport tax (APT); dan
  • Manfaat, terma dan syarat serta caj tambahan (denda no show/ caj fly-thru) Waran Perjalanan Udara Awan (WPUA) AirAsia.

 3.     Sehubungan itu, bersama ini disertakan senarai pelarasan harga WPUA AirAsia Berhad yang terkini untuk rujukan YBhg. Dato’ Datin/Tuan/Puan selanjutnya.

MUAT TURUN : 

PEMBERITAHUAN PENYELARASAN HARGA TIKET PENERBANGAN WARAN PERJALANAN UDARA AWAM (WPUA) AIRASIA BERHAD TAHUN 2026

HARGA AIRASIA WPUA 2026 - updated 22Jan2026 27 jan 2026

Sekian, terima kasih

UNIT PENGURUSAN DANA
SEKSYEN OPERASI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG
 
27 JANUARI 2026