Semua Ketua Pusat Tanggungjawab Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
ARAHAN PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN FEBRUARI 2026
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan buletin Jabatan ini rujukan ANM.PHG.600-15/2/85JLD.3(95) bertarikh 16 Disember 2025 adalah berkaitan.
2. Adalah dimaklumkan penutupan akaun bulanan bagi bulan Februari 2026 kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Pahang hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut :
2.1 ARAHAN PEMBAYARAN
- Sila pastikan dokumen Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga Perakuan 2 selewat-lewatnya jam 00 Tengah Hari pada 27 Februari 2026 (Jumaat). Tindakan peraku 2 hanya boleh diteruskan bermula 1 Mac 2026 (Ahad);
- PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 103(a);
- Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.1 (i), sila kemukakan surat penjelasan ketidakpatuhan dan salinan diemelkan ke
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 6 Mac 2026.
2.2 TERIMAAN
- Sila pastikan semua kutipan sebelum atau pada 27 Februari 2026 (Jumaat) telah dibankkan selewat-lewatnya jam 3.00 petang seperti ketetapan AP78;
- Manakala bagi kutipan lewat pada 27 Februari 2026 (Jumaat) yang tidak sempat dibankkan dan kutipan pada 28 Februari 2026 (Sabtu), WAJIB disediakan RESIT dan dibuat SERAHAN WANG selewat-lewatnya pada 28 Februari 2026 (Sabtu) sebelum jam 11.59 malam;
- Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.2 (i) dan (ii), sila kemukakan surat penjelasan ketidakpatuhan dan salinan diemelkan ke
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 6 Mac 2026.
3. Perhatian dan komitmen pihak YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar.
MUAT TURUN:
SURAT ARAHAN PENUTUPAN AKAUN BULAN FEBRUARI 2026SURAT ARAHAN PENUTUPAN AKAUN BULAN FEBRUARI 2026
Sekian terima kasih.
“MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan" UNIT DANAJANM NEGERI PAHANG



