Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld. 4 (11)
Tarikh    : 23.02.2026
 
Semua Pusat Tanggungjawab
Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang

BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2026

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.800-3/2/4(57) bertarikh 23 Februari 2026 adalah berkaitan.

2.       Selaras dengan surat edaran JPA, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2026 sebanyak RM500.00 bagi membantu penjawat awam dan pesara dalam membuat persiapan menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri. BKK Tahun 2026 ini akan dibayar pada 13 Mac 2026 (Jumaat).

3.       Justeru, semua PTJ di bawah seliaan JANM Negeri Pahang adalah dimohon untuk membuat semakan status kelayakan pegawai di PTJ tuan/puan dengan merujuk kepada Soalan Lazim BKK Tahun 2026 rujukan JPA.800-3/2/4(58) seperti di lampiran.

4.       Sila kembalikan Lampiran A bagi senarai nombor gaji pegawai yang TIDAK LAYAK dibayar BKK Tahun 2026 kepada Unit Gaji JANM Pahang melalui emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. menggunakan format Microsoft Excel dan PDF (yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan) selewat-lewatnya 24 Februari 2026 [Selasa - jam 5.00 petang].

Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk mengambil tindakan sekiranya berlaku kurangan / lebihan bayaran tersebut.

MUAT TURUN :

SURAT EDARAN BKK TAHUN 2026

LAMPIRAN A_BKK 2026

Sekian, terima kasih.

Unit Gaji
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang
23 Februari 2026