Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld. 4 (12)
Tarikh    : 24.02.2026
 
Semua Pusat Tanggungjawab
Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang

BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2026 KEPADA PEGAWAI LANTIKAN MySTEP

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.800-3/2/4(57) serta Soalan Lazim BKK rujukan JPA.800-3/2/4(58) bertarikh 23 Februari 2026 adalah berkaitan.

2.       Selaras dengan surat edaran JPA, bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2026 sebanyak RM500.00 akan dibayar pada 13 Mac 2026 (Jumaat). Bayaran BKK sebanyak RM500.00 ini turut dipanjangkan kepada pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.

3.       Sehubungan itu, mohon PTJ yang terlibat (Rujuk Lampiran 1) untuk menyenaraikan Pegawai Lantikan MySTEP yang layak menerima BKK Tahun 2026. Maklumat tersebut perlu dilengkapkan menggunakan format seperti di Lampiran B (Microsoft Excel dan PDF yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan) dan dihantar ke Unit Gaji, JANM Pahang melalui emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 25 Februari 2026 [Rabu - jam 12.00 tengah hari].

 Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk mengambil tindakan sekiranya berlaku kurangan / lebihan bayaran tersebut.

Lampiran 1

Lampiran B

 Sekian, terima kasih.

Unit Gaji
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang
24 Februari 2026