Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld. 4 (14)
Tarikh : 06.03.2026
 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Penyata Pendapatan Tahunan (EC Form) bagi tahun 2025 telah dijana dan telah dimuatnaik ke Sistem ePenyata Gaji dan Laporan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

2.       Oleh itu, tindakan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pusat Pembayar Gaji selaku majikan adalah dimohon untuk mengemukakan Borang E secara e- Filing kepada LHDNM bermula 1 Mac 2026 hingga 31 Mac 2026. Kegagalan PTJ (majikan) mengemukakan Borang E berkenaan boleh dikenakan tindakan penalti oleh LHDNM.

3.       Bersama-sama ini disertakan tiga (3) tindakan yang perlu dilaksanakan oleh PTJ semasa penghantaran Borang E dan Penerangan Berkenaan Penyata Pendapatan Tahunan (EC Form) untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.

4.       Sebarang pertanyaan melibatkan janaan Penyata Pendapatan Tahunan (EC Form), sila berhubung dengan Unit Gaji JANM Pahang di talian 09- 591 5024 /5025 / 5019 / 5005. Manakala untuk pertanyaan melibatkan Borang E serta kaedah e-Filing, sila hubungi Pejabat LHDNM yang berdekatan.

TINDAKAN E FILING DAN EC FORM TAHUN 2025.

Sekian, terima kasih.

Unit Gaji
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang
6 Mac 2026