Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Ruj. Kami: ANM.PHG.600-1/1/12 Jld.4 (15)
Tarikh: 6 Mac 2026

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

PENYEDIAAN ARAHAN PEMBAYARAN DALAM TEMPOH PEMBUKAAN SEKATAN OVERBAJET BAGI OS17000 UNTUK BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) TAHUN 2026

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan rujukan emel BPOPP/SPO (Emel)/2026 (53) bertarikh 3 Mac 2026 adalah berkaitan.

2.     Sebagaimana pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan sedia maklum, BKK Tahun 2026 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Gred 15 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara dan kontrak (COS & CFS) bagi pegawai yang masih berkhidmat pada 13 Mac 2026 serta tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Surat Edaran JPA dan FAQ seperti lampiran.

3.     Selaras dengan surat daripada Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.NBO(R)600-9/1/367JILID.2(68) bertarikh 20 Februari 2026 mengenai Bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan yang ditetapkan pembayaran pada 13 Mac 2026 (Jumaat), Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), JANM akan membuka sekatan overbajet di Sistem iGFMAS bagi tempoh 10 Mac 2026 (Selasa) sehingga 20 Mac 2026 (Jumaat).

4.     Sehubungan itu, PTJ boleh menyediakan Arahan Pembayaran kepada pegawai yang layak menerima BKK Tahun 2026 yang tidak diproses melalui Sistem Emolumen Berkomputer Modul Human Capital Management (HCM) pada bulan Mac 2026 (Regular Cycle). PTJ hendaklah mematuhi tarikh Arahan Pembayaran di Sistem iGFMAS seperti jadual berikut:-

MODUL ARAHAN PEMBAYARANTARIKH TINDAKAN PERAKU 1TARIKH PEMBAYARAN BKKTARIKH TINDAKAN PERAKU 2TARIKH TINDAKAN SEMAK AO
Invois Tanpa Pesanan Kerajaan (K2) Mulai 11 Mac 2026 (Rabu)

12 Mac 2026 (Khamis)

12 Mac 2026 (Khamis)
PTJ hendaklah memastikan syarat pemberian BKK 2026 selaras surat edaran JPA
Mulai 13 Mac 2026 (Jumaat) hingga 18 Mac 2026 (Rabu)
KOD ELAUN (Payroll-HCM)KOD AKAUN (IGFMAS)PERIHAL KOD
1072 B0117102 Bantuan Khas Kewangan Kakitangan Awam
B0117202 Bantuan Khas Kewangan Pasukan Keselamatan
B0229306 Pemberian / Bayaran Khas Pekerja Sementara atau Sambilan atau Yang Tidak Menyandang Jawatan Tetap

5.     Justeru, PTJ adalah diingatkan agar pembayaran BKK Tahun 2026 ini disemak rapi agar tiada keciciran bagi pegawai yang layak dan hendaklah disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan. PTJ adalah bertanggungjawab untuk memastikan pembayaran BKK Tahun 2026 tidak dibuat pembayaran dua (2) kali kepada pegawai yang layak.

6.     Sila lengkapkan pautan seperti di bawah bagi membolehkan tindakan semak AO dilaksanakan. Pihak JANM Pahang hanya akan membuat semakan AO bagi nombor Arahan Pembayaran yang dinyatakan sahaja.

PAUTAN : https://tinyurl.com/524dj85f

7.     Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah diharapkan agar mematuhi tempoh yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran proses pembayaran.

MUAT TURUN : SURAT PENYEDIAAN ARAHAN PEMBAYARAN DALAM TEMPOH PEMBUKAAN SEKATAN OVERBAJET BAGI OS17000 UNTUK BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) TAHUN 2026

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan"
 
Unit Gaji
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang
9 Mac 2026