Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Rujukan Kami: ANM.PHG.600-15/3/7 Jld.6 (13 )
Tarikh            :    9   Mac 2026
 
Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

ARAHAN PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN MAC 2026

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan buletin Jabatan ini rujukan ANM.PHG.600-15/2/85JLD.3(95) bertarikh 16 Disember 2025 adalah berkaitan.

2.       Adalah dimaklumkan penutupan akaun bulanan bagi bulan Mac 2026 kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Pahang hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut :

           2.1 ARAHAN PEMBAYARAN

  • Sila pastikan dokumen Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga Perakuan 2 selewat-lewatnya jam 00 Tengah Hari pada 31 Mac 2026 (Selasa). Tindakan peraku 2 hanya boleh diteruskan bermula 1 April 2026 (Rabu);
  • PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 103(a);
  • Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.1 (i), sila kemukakan surat penjelasan ketidakpatuhan dan salinan diemelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 7 April 2026.

           2.2 TERIMAAN

  • Sila pastikan semua kutipan sebelum atau pada 31 Mac 2026 (Selasa) telah dibankkan selewat-lewatnya jam 3.00 petang seperti ketetapan AP78 dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2025;
  • Manakala bagi kutipan lewat pada 31 Mac 2026 (Selasa) yang tidak sempat dibankkan, WAJIB disediakan RESIT dan dibuat SERAHAN WANG selewat-lewatnya pada 31 Mac 2026 (Selasa) sebelum jam 11.59 malam;
  • Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.2 (i) dan (ii), sila kemukakan surat penjelasan ketidakpatuhan dan salinan diemelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 7 April 2026.

3.       Perhatian dan komitmen pihak YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar.

MUAT TURUN : ARAHAN PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN MAC 2026

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan"
 
Unit Dana
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang