ANM.PHG.600-15/3/23 (56)
YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat dari Malaysia Aviation Group Berhad (MAGB) rujukan GS/MY-008/MAR2026 bertarikh 11 Mac 2026 dan GS/MY-009/MAR2026 bertarikh 12 Mac 2026, adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan bahawa, pihak Malaysia Airlines Group Berhad (MAGB) telah menyelaraskan harga WPUA Malaysia Airlines dan Firefly mengikut kesesuaian ke atas caj bahan api (YQ) bagi semua tiket yang dikeluarkan pada atau selepas tarikh berikut. Penyelarasan ini akan dilaksanakan secara dua (2) fasa seperti berikut :
|
PERIHAL |
TARIKH BERKUATKUASA |
PENERBANGAN |
|
WPUA Malaysia Airlines |
Fasa 1 : Bermula 16 Mac 2026 |
Perubaharan harga bagi semua penerbangan domestik dan antarabangsa kecuali : · Jepun · Korea · Taiwan · Hong Kong; dan · Filipina. |
|
WPUA Malaysia Airlines |
Fasa 2 : Bermula 25 Mac 2026 |
Perubahan harga bagi penerbangan antarabangsa seperti berikut : · Jepun (harga akan dikemaskini sebelum 25 Mac 2026) · Korea · Taiwan · Hong Kong; dan · Filipina. |
|
PERIHAL |
TARIKH BERKUATKUASA |
PENERBANGAN |
|
WPUA Firefly |
15 Mac 2026 |
Penerbangan antarabangsa ke Siem Reap dihentikan. |
|
WPUA Firefly |
Fasa 1 : Bermula 16 Mac 2026 |
Perubahan harga bagi semua penerbangan domestik dan antarabangsa kecuali Filipina. |
|
WPUA Firefly |
Fasa 1 : Bermula 25 Mac 2026 |
Perubahan harga bagi penerbangan antarabangsa ke Filipina. |
3. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi memastikan pihak agensi yang dilantik mematuhi perkara-perkara di atas bagi mengelakkan masalah perbezaan harga.
4. Bersama-sama ini dilampirkan senarai harga tambang kerajaan terkini bermula 16 Mac 2026 untuk rujukan dan panduan PTJ.
Harga Tambang 2026 GOVT MAB – Malaysia Airlines
Harga Tambang 2026 GOVT FY – Firefly
Sekian, terima kasih.
06 APRIL 2026



