Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld.4 ( 23 )
Tarikh    : 07.04.2026 

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat edaran Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), rujukan : JANM.600-12/1/11(4) bertarikh 5 Mac 2026 adalah berkaitan.

2.     Untuk makluman, Identiti Digital Malaysia (MyDigital ID) adalah satu inisiatif Kerajaan bagi pengesahan identiti secara digital yang selamat dan sah untuk pengguna dalam talian. Selaras dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa pihak JANM akan melaksanakan MyDigital ID sebagai salah satu kemudahan log masuk ke Sistem ePayslip bagi menyokong pelaksanaan MyDigital ID tersebut.

3.     Penggunaan MyDigital ID di Sistem ePayslip (Web) telah mula dilaksanakan pada 31 Mac 2026 di mana akses log masuk sedia ada masih boleh digunapakai sehingga pemakluman pelaksanaan log masuk tunggal MyDigital ID ePayslip dikuatkuasakan. Sehubungan dengan itu, para pengguna adalah disarankan untuk  mendapatkan maklumat berkaitan aplikasi MyDigital ID di laman sesawang https://www.digital-id.my dan mendaftar aplikasi MyDigital ID di peranti masing-masing bagi memanfaatkan kemudahan baharu ini.

4.     Justeru, mohon perkara ini dipanjangkan kepada semua kakitangan/pegawai di Jabatan tuan/puan. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

PELAKSANAAN PENGGUNAAN MYDIGITAL ID BAGI APLIKASI SISTEM ePENYATA GAJI DAN LAPORAN (ePAYSLIP) JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM)

Sekian, terima kasih.

Unit Gaji
JANM Pahang
7 April 2026