ANM.PHG.600-15/3/23 (58)
YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat dari Malaysia Aviation Group Berhad (MAGB) rujukan GS/MY-011/APR bertarikh 01 April 2026 adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan bahawa, pihak Malaysia Airlines Group Berhad (MAGB) telah menyelaraskan harga WPUA Malaysia Airlines dan Firefly bagi sektor domestik dan antarabangsa berikutan ketidaktentuan serta peningkatan harga bahan api global yang berterusan. Senarai harga WPUA baharu termasuk surcaj bahan api (YQ) akan berkuat kuasa pada 14 April 2026 sepeti berikut:
|
PERIHAL |
PENERBANGAN |
|
WPUA Malaysia Airlines |
Kenaikan harga bagi semua penerbangan domestik dan antarabangsa kecuali : · Tokyo · Osaka, dan · Doha |
|
WPUA Firefly |
Kenaikan harga bagi semua penerbangan domestik dan antarabangsa |
3. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi memastikan pihak agensi yang dilantik mematuhi perkara-perkara di atas bagi mengelakkan masalah perbezaan harga.
4. Bersama-sama ini dilampirkan senarai harga tambang kerajaan terkini bermula 14 April 2026 untuk rujukan dan panduan PTJ.
Harga Tambang 2026 GOVT MAB - Kemaskini 14 April 2026 (YQ)
Harga Tambang 2026 GOVT FY - Kemaskini 14 April 2026 (YQ)
Sekian, terima kasih.
21 APRIL 2026



