Rujukan Fail: ANM.PHG.600.1/4/5JLD.5 (4)Tarikh: 11 MEI 2026 Kepada: Semua Ketua Pusat Tanggungjawab Di bawah seliaan JANM Pahang YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan emel edaran UOAP BPOPA BIL.3/2025 bertarikh 13 Jun 2025 adalah berkaitan.
2. Untuk makluman, permohonan bagi penggunaan kod akaun Lebihan atau Kurangan Terkumpul [Retained Earnings (RE)] bagi tahun 2026 telah dibuka mulai 13 April 2026 yang melibatkan situasi seperti Invois tidak sah, resit One Time Customer (OTC) dikeluarkan dan pelbagai kes lain. Permohonan dan pelarasan menggunakan kod akaun RE hendaklah dibuat serta diselesaikan selewat-lewatnya sebelum atau pada 15 September 2026.
3. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Pembatalan Invois Melangkau Tahun (Lampiran A) beserta dokumen sokongan seperti dalam Senarai Semak (Lampiran B) dan dikemukakan ke Unit Terimaan, JANM Pahang beserta salinan melalui emel terimaan
PERMOHONAN RE ABT 2026 PTJ XXXXXXXX - BIL. X/2026.
Contoh: PERMOHONAN RE ABT 2026 PTJ 41550101- BIL. 1/2026
4. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Lampiran A, Lampiran B, Contoh Senario Permohonan (Lampiran 1) dan Refresher Baucar Jurnal di Modul General Ledger (Lampiran 2) sebagai rujukan dan tindakan oleh semua Pejabat Pusat Tanggungjawab (PTJ).
5. Perhatian dan kerjasama semua pihak untuk memantau, menyemak dan memastikan kawalan ke atas penggunaan kod akaun RE serta bertanggungjawab untuk memastikan semua transaksi diperakaunkan dengan tepat dan betul amatlah diharapkan.
MUAT TURUN : LAMPIRAN 1 PANDUAN PERMOHONAN PENGGUNAAN KOD AKAUN LEBIHAN ATAU KURANGAN TERKUMPUL [RETAINED EARNINGS (RE)] LAMPIRAN 2 REFRESHER BAUCER JURNAL DI MODUL GENERAL LEDGER LAMPIRAN A BORANG PERMOHONAN PEMBATALAN INVOIS MELANGKAU TAHUN LAMPIRAN B SENARAI SEMAK Sekian, terima kasih. UNIT PENGURUSAN DANASEKSYEN OPERASIJABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG



