Dengan hormatnya merujuk kepada surat PERKESO rujukan PERKESO.600-2/2/3 JLD.3(12) bertarikh 12 Jun 2026 dan emel BPOPP, JANM bertarikh 24 Jun 2026 adalah berkaitan.
2. Merujuk kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2026, pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menguatkuasakan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) atau dikenal sebagai LINDUNG 24 Jam berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026.
3. Kadar caruman bagi skim ini adalah 0.75% (fasa pertama) dan ditanggung sepenuhnya oleh pekerja. Manakala bagi majikan, tiada tambahan caruman di bawah skim ini. Pelaksanaan kadar caruman pekerja bagi skim ini akan dibuat secara tiga (3) peringkat (Fasa Pertama : 0.75%, Fasa Kedua : 1.00% dan Fasa Ketiga: 1.25%) melalui pemberitahuan Warta Kerajaan Persekutuan P.U (B) 196/2026 iaitu Penetapan Tarikh Permulaan Kuat Kuasa seperti berikut :
|
Skim |
Caruman Majikan |
Caruman Pekerja |
|
Skim Bencana Kerja |
1.25% |
- |
|
Skim LINDUNG 24 Jam / SKBBK |
- |
• Fasa 1 : 0.75% (01.06.2026 - 31.05.2028) • Fasa 2 : 1.00% (01.06.2028 - 31.05.2031) • Fasa 3 : 1.25% (01.06.2031 - 31.12.9999) |
|
Skim Keilatan |
0.50% |
0.50% |
4. Sehubungan itu, pihak HCM BPTM telah selesai membuat penambahbaikan Fasa 1 bagi pengiraan kadar baharu termasuk SKBBK Lindung 24 Jam di sistem HCM iGFMAS pada 18 Jun 2026. Untuk makluman, pelaksanaan SKBBK Lindung 24 Jam ini telah berkuatkuasa pada 1 Jun 2026. Oleh yang demikian, untuk pembayaran gaji bulan Jun 2026 masih menggunakan kadar lama tanpa pengiraan Skim Lindung 24 Jam.
5. Justeru, terdapat tunggakan kadar caruman bagi pegawai berkaitan untuk potongan SOCSO melibatkan gaji bulan Jun 2026 yang perlu diambil tindakan oleh Pusat Pembayar/PTJ yang terlibat. Pusat Pembayar/PTJ boleh menggunakan kod potongan 4024 – Lain-lain potongan bagi tunggakan potongan SOCSO ini bagi bulan Jun 2026. Walau bagaimanapun, PTJ hendaklah memastikan akaun penyelesaian L1311938 melibatkan kod potongan 4024 berbaki sifar dalam melaksanakan pembayaran kepada PERKESO.
6. Perhatian dan kerjasama semua PTJ dalam memastikan pelaksanaan potongan kepada PERKESO bagi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) sepertimana Akta PERKESO amat dihargai. Bersama-sama ini dilampirkan maklumat berkaitan untuk rujukan selanjutnya.
PEKELILING MAJIKAN BILANGAN 2 TAHUN 2026 - PERKESO.600-2/4/1(35)
Sekian, terima kasih.



