Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Ruj. Kami: ANM.PHG.600-1/1/12 Jld.4 (37)
Tarikh     : 29 Jun 2026

Ketua Pusat Tanggungjawab / Pusat Pembayar Gaji Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Ruj: JPA.(S)800-6/3/88 (10) bertarikh 23 April 2026 serta emel BPPP, JANM bertarikh 23 Jun 2026 adalah berkaitan.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju meluluskan kenaikan kadar bagi Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) dan Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS) kepada pegawai yang memenuhi syarat kelayakan BITK dan BITPS seperti di Lampiran SR.8.1.2 (A62) dan SR.8.1.2 (A63), Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia. Kelulusan kenaikan kadar BITK dan BITPS adalah seperti berikut :

TAHAP KECEKAPAN

KADAR SEMASA (RM)

KADAR BAHARU (RM)

Dengan sijil kelayakan

80.00

120.00

Tanpa sijil kelayakan

40.00

60.00

Pelaksanaan kenaikan kadar BITK dan BITPS ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat di Perenggan 3 Surat Edaran JPA seperti di lampiran. Sehubungan itu, pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh merujuk kepada Lampiran SR.8.1.2 (A62): Bayaran Insentif Tugas Kewangan dan Lampiran SR.8.1.2 (A63): Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor, Ceraian SR.8: Elaun Dalam Perkhidmatan Awam, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia yang dikemaskini di portal MyPPSM sebagai punca kuasa dan rujukan mulai daripada tarikh kuat kuasa pelaksanaan kenaikan kadar.

  1. Bersama-sama ini disertakan surat pemakluman daripada pihak JPA untuk rujukan dan tindakan selanjutnya jua. Perhatian dan kerjasama pihak Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

 

    "MALAYSIA MADANI"

    "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

    "Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan"

 

Saya yang menjalankan amanah,

(SITI ZAINAB BINTI ISMAIL C.A. (M), CPA (Aust))

b.p Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang