Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld.4 (42)
Tarikh    : 07.07.2026

Dengan segala hormatnya saya merujuk di atas dan emel BPTM bertarikh 23 Jun 2026 adalah berkaitan.

2.        Untuk makluman, selaras dengan keperluan untuk melengkapkan Income Tax Number (TIN) semasa mengunci masuk maklumat di modul Human Capital Management (HCM), dimohon kerjasama semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk memastikan No TIN dikemaskini bagi kesemua subtype yang telah diwujudkan di dalam IT198 bagi setiap pegawai.

Tindakan PTJ adalah wajib mengunci masuk medan Income Tax Number seperti di bawah :

Berikut adalah contoh skrin bagi  IT198 sebagai panduan. Maklumat Income Tax Number hendaklah bermula dengan IG.

IT198 - Subtype 01 : Schedular Tax Deduction

Contoh Paparan

IT198 - Subtype 02 : CP-38 Tax Deduction (sekiranya berkaitan)

Contoh Paparan

3.        Justeru, mohon kerjasama semua PTJ untuk membuat semakan dan memastikan maklumat TIN pegawai telah dikemaskini bagi IT198 untuk pegawai yang baharu dan pegawai sedia ada. Perkara ini bagi memastikan isu akaun gantung dan bayaran tidak dapat dikenalpasti di peringkat LHDNM dapat diselesaikan.

4.        PTJ juga perlu memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin. 1/2019) telah disediakan bagi pengemaskinian maklumat. Tindakan pengemaskinian maklumat TIN di modul HCM ini hendaklah diselesaikan sebelum atau pada 17 Julai 2026 (Jumaat). Perhatian dan tindakan segera PTJ berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Unit Gaji
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang
7 Julai 2026