Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld.4 (45)
Tarikh    : 21.07.2026

PENYEDIAAN ARAHAN PEMBAYARAN KEPADA PERKESO BAGI TUJUAN PENGOSONGAN AKAUN PENYELESAIAN UNTUK PENUTUPAN AKAUN BULAN JULAI 2026

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan buletin Jabatan ini rujukan ANM.PHG.600-1/1/12 Jld.4 (36) bertarikh 29 Jun 2026 adalah berkaitan.

2.      Sebagaimana pihak tuan/puan sedia maklum, terdahulu tunggakan kadar caruman bagi pegawai berkaitan untuk potongan SOCSO melibatkan gaji bulan Jun 2026 telah dikunci masuk menggunakan kod potongan 4024 – Lain-lain Potongan. Perkara ini adalah selaras dengan pemakluman melalui buletin bertarikh 29 Jun 2026.

3.      Justeru, bagi tujuan pengosongan Akaun Penyelesaian L1311938, semua PTJ yang terlibat seperti di Lampiran A hendaklah menyediakan Arahan Pembayaran kepada pihak PERKESO mengikut jumlah tunggakan potongan SOCSO bagi bulan Jun yang telah dikunci masuk oleh PTJ bagi perubahan gaji Julai 2026.

4.      Bersama-sama ini disertakan Tatacara Penyediaan Arahan Pembayaran kepada PERKESO seperti di Lampiran B untuk rujukan dan tindakan pihak PTJ selanjutnya jua. Tindakan penyediaan Arahan Pembayaran ini hendaklah selesai diperaku 2 dan dokumen berstatus 80 selewat-lewatnya 27 Julai 2026 (Isnin). Tindakan pengosongan Akaun Penyelesaian ini akan dipantau oleh JANM Pahang dari semasa ke semasa.

5.      Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Unit Gaji, JANM Pahang di talian 09-5915019/5024/5029. Perhatian dan kerjasama semua PTJ dalam memastikan pengosongan Akaun Penyelesaian bagi Kod Akaun L1311938 amatlah diharapkan agar penutupan akaun bulan Julai berjalan lancar.

Sekian, terima kasih.

Unit Gaji
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang