PEMAKLUMAN PERKESO BERKAITAN DENGAN SKIM KEMALANGAN BUKAN BENCANA KERJA (SKBBK) ATAU “LINDUNG 24 JAM” MULAI JUN 2026 DAN KETETAPAN PELAKSANAAN TINDAKAN PEMBAYARAN
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat PERKESO rujukan PERKESO 600-2/2/3 JLD 3(15) bertarikh 21 Julai 2026 serta emel BPOPP bertarikh 23 Julai 2026 adalah berkaitan.
2. Untuk makluman, Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2026 bagi perluasan perlindungan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) atau LINDUNG 24 Jam secara mandatori yang telah diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang mula berkuatkuasa mulai 1 Jun 2026. Walau bagaimanapun, selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 8 Julai 2026, pelaksanaan skim tersebut adalah secara sukarela bagi pekerja tempatan manakala penyertaan pekerja asing kekal secara mandatori berkuatkuasa serta-merta.
3. Oleh itu, pekerja tempatan yang tidak memilih untuk menyertai skim ini, hendaklah melengkapkan Notis Pilihan Tidak Menyertai (Option Out) melalui Portal Lindung Faedah selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2026 bagi membolehkan penyelarasan rekod dan potongan caruman PERKESO dilaksanakan.
4. Berdasarkan senario pembayaran kepada PERKESO, berikut merupakan ketetapan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan JANM :
Senario 1 :
Bagi bayaran skim Lindung 24 Jam bulan Jun 2026 yang masih berada di Akaun Penyelesaian L1311938 melalui penggunaan kod potongan 4024 – Lain-lain potongan dan bayaran masih belum dibuat kepada PERKESO, bayaran diteruskan kepada PERKESO dan sebarang urusan oleh pegawai yang memilih Option Out hendaklah merujuk kepada PERKESO selanjutnya.
Senario 2 :
- Bayaran skim Lindung 24 Jam bulan Jun 2026 yang telah dibuat potongan melalui kod potongan 4024 dan bayaran telah dibuat kepada PERKESO; dan
- Bayaran skim Lindung 24 Jam bulan Julai 2026 dan bulan seterusnya yang dibayar melalui payroll – HCM (sehingga pembangunan sistem selesai) dan caruman tersebut telah dibayar kepada PERKESO.
Bagi senario (a) dan (b), pegawai yang memilih Option Out hendaklah merujuk kepada PERKESO selanjutnya.
5. Bersama-sama ini disertakan Pekeliling Majikan Bilangan 2 Tahun 2026 berkaitan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4]: Perluasan Perlindungan Skim LINDUNG 24 Jam, Warta Kerajaan Persekutuan P.U. (B) 196/2026 serta Soalan Lazim (FAQ) berkaitan ketetapan terkini pelaksanaan skim ini sebagai rujukan dan tindakan pihak PTJ selanjutnya.
6. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan skim ini, PTJ boleh berhubung dengan Cik Jazlina Binti Alias (Ketua Bahagian Caruman dan Penguatkuasaan) melalui emel
Sekian, terima kasih.



